Sunday, February 27, 2011

LeReve For Men

 
Rangkaian LeReve untuk lelaki mengandungi koleksi wangian lelaki yang diinspirasikan oleh wangian pereka-pereka fesyen yang terkenal.

M01 inspirasi ACQUA DI GIO (Giorgio Armani)
M02 inspirasi ARMANI CODE (Giorgio Armani)
M03 inspirasi HUGO FOR MEN (Hugo)
M04 inspirasi TOMMY BOY (Tommy Hilfiger)
M05 inspirasi COOL WATER (Davidoff)
M07 inspirasi DESIRE FOR MEN (Dunhill)
M08 inspirasi THE ONE (Dolce & Gabbana)

HARGA SEBOTOL FOR MEN
100ml RM 135.00

Wednesday, February 23, 2011

Keistimewaan LeReve

Koleksi unggul minyak wangi LeReve yang berkualiti tiada tolok bandingannya. LeReve dicipta di Perancis oleh "penghidu " yang paling utama di dunia dan dihasilkan di pusat minyak wangi terkemuka yang mempunyai hubung kaitnya dengan pereka eksklusif dan perintis fesyen.


Minyak wangi LeReve dihasilkan secara teliti dengan menggunakan intipati yang paling unggul dan tulen serta ramuan asas yang semulajadi. Semua produk LeReve adalah bebas daripada tindakan kejam ke atas binatang; maksudnya ia tidak melakukan ujian ke atas binatang dan tidak mengandungi produk haiwan.


LeReve percaya bahawa kualiti yang unggul adalah satu kemewahan untuk setiap hari. Falsafah ini dicerminkan melalui minyak wangi LeReve yang ingin kami kongsi bersama anda kerana keinginan kami untuk merealisasikan impian semua orang. SEMOGA BERBAHAGIA DENGAN PARFUMS LEREVE!

Tips Memakai Minyak Wangi

Minyak wangi berkesan kepada kulit yang panas dan mempunyai peraliran darah yang baik. Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yang paling sesuai mencalit minyak wangi. Selain daripada itu, rambut yang dicuci dan segar atau baju daripada bahan semulajadi adalah pembaca bau wangi.

Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian. Sesiapa yang suka bertukar haruman dinasihatkan berhati-hati apabila menyembur pakaian dengan minyak wangi. Kesan minyak wangi yang tinggal pada pakaian benang bulu sebagai contohnya mungkin tidak sesuai dengan pemakaian minyak wangi baru.

Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan minyak wangi lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian minyak wangi akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan.

Minyak wangi boleh tahan selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik. Untuk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya. Jangan simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

Lain Orang Lain Bau - Kenapa?

Setiap orang mempunyai bau badan yang tersendiri. Semua bergantung kepada keadaan kulit masing-masing, gaya hidup dan pemakanan yang seimbang. Orang lain mungkin sesuai dengan haruman yang digunakan tetapi kita tidak.

Pada peringkat awal pemakaian minyak wangi, anda hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dengan peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.


Bau minyak wangi itu juga dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Sewaktu anda membeli minyak wangi di gedung jualan, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yang kuat. Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah. Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.

Suhu dan kelembapan yang berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh.

Minyak wangi adalah campuran bahan-bahan tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yang baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dengan bau asal yang digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yang berterusan.


Minyak Wangi

Minyak wangi merupakan aksesori sempurna yang merupakan harta pusaka yang paling bernilai kepada manusia. Dalam bahasa Latin, "PER FUMUM" bermaksud "dengan asap". Semasa upacara kuno, sumbangan wangian harum diberikan kepada dewa dewi dengan harapan ia akan membawa nasib yang baik.


Pada penghujung tahun 1600an, Perancis telah menjadi pusat minyak wangi yang masyhur di dunia. Di situ minyak wangi di anggap sebagai satu seni, setaraf pentingnya dengan sains, sekaligus membawa kepada perkembangan yang pesat kepada bau wangian yang kreatif.

Kini. penghasilan minyak wangi sejati yang unggul mungkin melibatkan lebih daripada seribu jenis bahan ekstrak yang berlainan yang dicampurkan dalam proses yang rumit dan canggih. Pelbagai lapisan bunga, buah-buahan dan rempah diadun dengan sempurna dan harmoni.

Bagi wanita moden, minyak wangi adalah aksesori yang sempurna. Pemilihan minyak wangi yang baik menjadi sebahagian daripada fesyen wanita yang penting.